TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN
Apakah Itu TMK????
ICT
dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg
digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan
dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT
digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan
akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang
(Robertson, 1998)
Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud
penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan
menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama
kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai
tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P
akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam
pembelajaran dan penilaian.
Contoh-contoh Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Terdapat pelbagai jenis dan sumber teknologi maklumat dan komunikasi yang terdapat di negara kita. Antaranya ialah:
3 Dasar utama Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2003)
Antara
peranan pihak-pihak berkenaan seperti pihak kementerian pelajaran,pihak
sekolah atau guru besar, pihak guru dan pihak NGO dan swasta
Peranan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
Peranan guru besar
Peranan Guru
Peranan pihak NGO dan swasta
k PERKEMBANGAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN
Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran
yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg
(2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai
peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun
begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil
alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman
pembelajaran di luar sekolah.
Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).
Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan
tiga dasar utama TMK dalam pendidikan. Pertama literasi TMK untuk semua
pelajar,Kedua mengutamakan peranan dan fungsi TMK sebagai kurikulum dan
alat P&P.Ketiga penggunaanTMK untuk meningkatkan produktiviti. Oleh
itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat
TMK dalam pendidikan diantaranya:
- Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
- Meningkatkan motivasi murid
- Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
- Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
- Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau mustahiil dilakukan dengan cara biasa
- Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
- Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
- Meningkatkan kemahiran TMK
Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah
jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi
besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran . Teknologi seperti ini
mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu
output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat
teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang TMK yang
berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej,
animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi
media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.
Setiap kelebihan
pasti ada kekurangan. Begitu juga dengan penggunaan TMK dalam bidang
pendidikan. Di bawah adalah antara kekurangan penggunaan TMK dalam
bidang pendidikan.
Masalah dalam penggunaan TMK dalam bidang pendidikan













No comments:
Post a Comment